Saturday, July 24, 2010

PEDOMAN BAHASA 7

PUN yang MENGELIRUKAN
ADA dua jenis penggunaan "pun" dalam bahasa Melayu. Bilakah kita harus menjarakkan dan bilakah pula kita mendekatkan perkataan "pun" dengan perkataan yang mendahuluinya.
DALAM bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan "pun", iaitu:
  • adapun
  • andaipun
  • biarpun
  • kendatipun
  • mahupun
  • sekalipun
  • walaupun
  • ataupun
  • bagaimanapun
  • kalaupun
  • lagipun
  • meskipun
  • sungguhpun

Walau bagaimanapun, "pun" yang bererti "juga" ditulis terpisah. Misalnya:

  1. Apa pun yang dimakannya, badannya tetap kurus.
  2. Sekali pun engkau tidak pernah datang ke rumah aku.
  3. Anaknya pun ingin menurut jejaknya sebagai pendidik yang berjasa.


No comments:

Post a Comment