PERLUKAH DIGANDAKAN APABILA SUDAH BANYAK
Kata bilangan yang menandakan jumlah "banyak", antaranya semua, segala, pelbagai, para dan beberapa tidak perlu lagi diikuti oleh kata ganda, atau ulangan yang membawa makna "BANYAK". Hal ini demikian kerana penggunaan sedemikian menyebabkan berlakunya keadaan lewah (berlebih-lebihan). Keadaan ini, seperti contoh yang berikut amat MENYALAHI peraturan dalam bahasa Melayu.
* semua pelajar-pelajar
* segala maklumat-maklumat
* pelbagai acara-acara
* para pemenang-pemenang
* beberapa keadaan-keadaan
Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat DUA CARA penggunaan secara gramatis atau mengikut peraturan tatabahasa.
PERTAMA, dengan menghilangkan bentuk gandaan, seperti yang berikut:
- semua pelajar
- segala maklumat
- pelbagai acara
- para pemenang
- beberapa keadaan
KEDUA, dengan meniadakan kata bilangan dan mengekalkan gandaan, menjadi bentuk yang berikut:
- pelajar-pelajar
- maklumat-maklumat
- acara-acara
- pemenang-pemenang
- keadaan-keadaan
Oleh itu, sebagai pengguna bahasa yang menitikberatkan peraturan penggunaan bahasa yang betul. Perlu anda awasi penggunaan PENANDA JAMAK yang berikut:
- Barisan
- Dalam kalangan
- Gabungan
- Gugusan
- Gerombolan
- Himpunan
- Kelompok
- Kumpulan
- Mesyuarat
- Perhimpunan
- Persatuan
- Pertemuan
- Rentetan
- Senarai
- Susunan
- Timbunan
- Sebahagian daripada peneroka-peneroka
- Sebaris rumah-rumah
- Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu
- Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan
- Segelintir daripada pemohon-pemohon
- Sekandang lembu-lembu
- Sekawan burung-burung
- Serangkai manik-manik
- Antologi cerpen-cerpen
No comments:
Post a Comment