Thursday, July 29, 2010

Mencari Formula Kejayaan



Cerita gagak yang kehausan di sebuah kawasan gersang sering kita dengar sewaktu masih kecil, sama ada diceritakan oleh ibu bapa atau melalui bacaan buku cerita kanak-kanak. Kisah tersebut berkisar tentang kegigihan seekor burung gagak yang mencari air kerana kehausan. Namun begitu, setelah puas terbang ke sana ke mari mencari air di kawasan gersang itu, gagak itu masih tidak menemukan air. Keadaan yang kering dan gersang itu disebabkan oleh musim kemarau yang melanda kawasan tersebut. Hujan sudah lama tidak turun sehingga banyak sungai yang kering.




Setelah puas berusaha, burung itu berasa kepenatan dan berhenti rehat di dahan sebatang pokok. Ketika itulah gagak terlihat sebuah balang yang mengandungi sedikit air di dalamnya. Malangnya muncung balang itu agak sempit dan panjang pula. Paruh gagak tidak dapat sampai pada air didalam bekas itu dan agak mustahil pula untuk gagak dapat minum air tersebut.



Oleh sebab kehausan yang amat sangat, gagak itu mula berfikir, lalu mendapat satu idea. Gagak tersebut terbang dan mengutip batu-batu sehingga air di dalam balang tersebut naik ke paras muncung balang. Dengan mudah gagak dapat minum sepuas-puasnya dan bangga dengan kebolehannya. Tindakannya itu menyebabkan gagak tersebut terselamat daripada mati kehausan.



Kisah gagak itu ialah cerita teladan yang harus dijadikan panduan oleh pelajar yang jauh lebih baik ciptaannya berbanding dengan makhluk lain di dunia ini. Jika makhluk lain hanya diberikan nafsu sebagai panduan hidupnya, manusia pula dijadikan Tuhan dengan pelbagai keistimewaan, terutamanya diberi akal fikiran supaya manusia mampu berfikir dan mencorakkan hala tuju kehidupannya. Timin dan pisau di tanggan kita, terserah sama ada kita mahu memotong timun itu bulat-bulat atau panjang-panjang. Kita yang menentukan nasib hidup kita.



Cerita burung tersebut mungkin cerita rakyat yang diubah suai bagi menyedapkan jalan cerita seperti kisah sang kancil dengan buaya dan kisah little Mermaid dalam mitos orang Barat. Namun demikian, sekiranya diperhalus, bukan jalan cerita yang menjadi rujukan atau penyedap telinga, tetapi kisah teladan yang harus menjadi panduan kita, khususnya bagi manusia yang mahu berfikir.



Sebagai pelajar, apakah yang harus diambil daripada kisah gagak itu? Adakah pelajar hanya ketawa atau tersenyum apabila membaca cerita tersebut? Adakah pelajar hanya menjadi penyampai cerita kepada adik-adik tentang kisah gagak itu?



Aktiviti membaca bukanlah sekadar membaca secara membuta tuli atau seperti burung kakaktua yang pandai bercakap, tetapi tidak mengetahui maksud kata-kata yang diucapkannya. Pelajar harus melihat lebih daripada yang tersurat dalam kisah gagak itu. Yang tersirat daripada kisah teladan itu ialah KEGIGIHAN gagak tersebut apabila berhadapan dengan keadaan yang sukar dan kesungguhannya berusaha mendapatkan apa-apa yang diinginkan, tanpa mengenal erti putus asa.



Sehubungan dengan hal itu, pada 2010, pelajar mungkin akan menduduki peperiksaan yang penting. Peperiksaan yang besar seperti PMR, SPM, STPM ialah peperiksaan yang akan mengarahkan hala tuju pelajar dalam menentukan masa hadapan yang cerah atau sebaliknya.



Itulah fokus utama pelajar yang harus dititikberatkan pada 2010 ini berbanding dengan perkara-perkara yang lain. Jika pelajar menyenaraikan 10 perkara yang harus dijadikan keutamaan sepanjang tahun ini, maka "kecemerlangan dalam peperiksaan" perlu diletakkan ditempat paling atas.



Untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, kepintaran atau akal fikiran kita hanya satu peratus daripada kejayaan kita. Sebaliknya, 99 peratus ialah usaha daripada keringat kita sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelajar perlu lebih gigih berusaha, lebih rajin membaca, mempunyai strategi, banyak bertanya, dan pelbagai lagi tindakan proaktif, bagi menjamin kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan.



Gabungan antara kecemerlangan merangka strategi dengan kegigihan berusaha sudah pasti menjanjikan kejayaan bagi pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepintaran atau akal fikiran hanya mewakili sebahagian kecil daripada kejayaan dan yang paling utama ialah usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu.



Kebanyakan manusia yang berjaya pada hari ini ialah manusia yang rajin berusaha. Manusia seperti ini ingin yang terbaik dan memperbaik keadaan hidupnya daripada "biasa" kepada keadaan yang luar biasa.



Pelajar perlu berusaha mencontohi individu yang berjaya seperti Nicol Ann David. Lihat sahaja usahanya setiap hari sehingga kini mampu menjadi pemain dunia terbaik dan mampu mengubah kedudukannya dalam carta pemain skuasy di dunia.



Pelajar harus menjadikan golongan seperti ini sebagai teladan agar pelajar juga mampu mencapai kejayaan sepertinya. "Tidak ada kejayaan yang datang bergolek". Setiap kejayaan memerlukan usaha tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Berusahalah dan terus berusaha untuk mengejar kejayaan. Semakin gigih pelajar mengejar sesuatu kejayaan, maka semakin dekat kejayaan akan menghampiri pelajar.



Cuba pula pelajar lihat sikap rakyat Jepun yang berusaha bangun sebagai bangsa dan negara yang maju. Kini, negara Jepun dapat berdiri sebagai negara maju sehingga menjadi contoh kepada negara-negara lain di dunia. Peristiwa pengeboman Nagasaki dan Hiroshima cukup menyiksakan seluruh bangsa Jepun. Cuba fikirkan, bagaimanakah Jepun mampu bangkit?



Bangsa Jepun yang mempunyai semangat jati diri yang kuat sebagai bangsa yang ingin maju dan menebus kekecewaan yang pernah dialaminya. Setiap kegagalan ada hikmahnya dan kekecewaan itulah sesuatu yang perlu ditebus dan bukan untuk ditangisi.



Kepintaran ialah anugerah Tuhan yang boleh diasah. Apabila seseorang individu banyak membaca, pasti kepintarannya akan terserlah. Itulah sahaja kuncinya. Kadangkala terdapat individu yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan kepintaran luar biasa, seperti Adi Putra yang mampu menyelesai masalah matematik yang sukar sehingga menjadi rujukan orang ramai, termasuk peringkat IPT. Kepintaran yang luar biasa itu merupakan anugerah Tuhan. Tuhan memberi peluang kepada manusia agar dapat berfikir tentang kekuasaan-Nya yang mampu menjadikan apa-apa yang Dia inginkan terhadap hamba-Nya.



Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa yang berada pada tahap majoriti manusia. Kita perlu melihat kepintaran yang dimiliki harus dipupuk dan dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin.



Yang paling penting, berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan yang diidamkan. Kepintaran sahaja tidak mencukupi untuk membawa manusia ke arah kejayaan. Ingatlah bahawa kepintaran hanya satu peratus daripada inspirasi dan 99 peatus ialah curahan keringat individu itu sendiri dalam menentukan kejayaan.






Formula Tatabahasa


Untuk maklumat lanjut, Sila klik

Sukarkah Mendapat Isi Karangan?

sila klik disini



Monday, July 26, 2010

Analisis Soalan Novel PMR 2002 - 2009

Kategori: PMR


  • 2oo2 : Tema dan persoalan ( Novel Tg. 1/2/3 )
  • 2003 : Watak dan perwatakan ( watak utama ) ( Novel Tg. 1/2/3 )
  • 2004 : Nilai; Kerjasama, bertanggungjawab, kegigihan ( Novel Tg. 1/2/3 )
  • 2005 : Latar; masa, tempat dan masyarakat ( Novel Tg. 1/2/3 )
  • 2006 : 3 perbandingan watak utama dan sampingan ( Novel Tg. 3 )
  • 2007 : Pengajaran 'kita wajar tolong-menolong' ( Novel Tg. 2 & 3 )
  • 2008 : 3 latar tempat ( Novel Tg. 3 )
  • 2009 : Persoalan; kasih sayang antara ahli keluarga ( Novel Tg. 2 )
  • 2010 : ???

Maklumat lanju SILA KLIK http://fhiblog.blogspot.com/2010/07/plot-tragedi-empat-disember.html

SKEMA K1 PRAPERCUBAAN PMR 2010 MRSM KK

  1. A
  2. D
  3. A
  4. C
  5. B
  6. A
  7. A
  8. B
  9. A
  10. B
  11. D
  12. C
  13. B
  14. B
  15. C
  16. C
  17. D
  18. B
  19. A
  20. D
  21. A
  22. D
  23. A
  24. C
  25. B
  26. D
  27. D
  28. C
  29. B
  30. C
  31. A
  32. A
  33. A
  34. D
  35. B
  36. C
  37. B
  38. C
  39. D
  40. A

Cadangan Jawapan K2

Soalan 1

a. Format surat kiriman tidak rasmi

b. Isi (cadangan)

  • mesti nyatakan hobi
  • nyatakan kebaikan-kebaikan hobi tersebut
  • jika menyatakan beberapa hobi dan beberapa kebaikan - diterima

Soalan 2

a. Format pidato

b. Isi (cadangan)

  • mesti ada definisi tajuk
  • menerangkan cara-cara menghormati dan menyayangi warga tua
  • jika calon fokus kepada warga tua atau ibu bapa -diterima

Soalan 3

a. Tiada format

b. Isi (cadangan)

  • menghuraikan punca-punca berlaku kemalangan jalan raya - boleh menggunakan slogan dalam penulisan.
  • jika calon menghuraikan slogan tetapi bahasa baik - terima ( peringkat markah C )

Soalan 4

  • menceritakan pengalaman sendiri dalam kejohanan merentas desa
  • menceritakan acara-acara dalam Kejohanan Merentas Desa - diterima
  • menceritakan pengalaman orang lain diterima
  • menceritakan acara sukan sekolah -diterima ( peringkat markah C )

Soalan 5

a. Tiada format

b. Isi ( cadangan )

  • mesti menghuraikan faedah /kebaikan /kepentingan pelancongan kepada negara
  • jika calon menghuraikan langkah-langkah / cara-cara meningkatkan pelancongan negara -diterima (peringkat markah C jika bahasa baik)
  • jika calon menceritakan pengalaman melancong / tempat-tempat pelancongan - terima (peringkat markah C jika bahasa baik)

BAHAGIAN D

Perhatian bagi bahagian D:

  1. jawapan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari
  2. jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis
  3. berikan 1 markah bagi setiap peristiwa yang betul
  4. markah maksimum bagi isi 6 markah
  5. markah maksimum bagi bahasa 4 markah
  6. markah bahasa diberi secara (impression)
  7. markah maksimum 10 markah

Cadangan jawapan

ANAK DIN BIOLA

  • Budiman menziarahi pusara ayahnya bersama-sama Pak Wan Busu. Dia memberitahu bahawa guru Pak Wan Busu ialah ayahnya.
  • Pak Wan memberitahu Budiman tentang biola Bayu Senja yang dibeli daripada Pak Mat Tukang Masak
  • Datin Siti Norbayu mengadakan majlis jamuan sebelum hari pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya
  • Pertandingan Biola Remaja Kota Raya diadakan di Dewan Seri Kota, Budiman berjaya menjadi johan
  • Budiman mengajar kanak-kanak di Sekolah Muzik Lagu Bayu pada waktu siang. Pada waktu malam pula, Budiman belajar di sekolah malam sebagai persediaan sebelum melanjut pelajaran dalam bidang muzik di Jepun
  • Pak Wan Busu dan Linda mejalani pembedahan mata
  • Chong dan Chandra sudah pandai hidup berdikari. Chandra belajar sambil bekerja di klinik bapa saudaranya, manakala Chong pula berjaja barang-barang kerja tangan bapa Linda
  • Pak Mat Tukang Masak dan kawan-kawannya telah dipenjara.

TRAGEDI EMPAT DISEMBER

  • DSP Yazid mengetahui perkara sebenar tentang tragedi pesawat HM 356 yang meletup berdasarkan catatan yang dijumpai dalam kotak berwarna hitam
  • Kamarul Azam dan Razi diselamat dan dirawat oleh keluarga Antik, nelayan Indonesia
  • Dengan bantuan Antik dan pasukan penyelamat Polis Diraja Malaysia, Kamarul Azam dan Razi berjaya pulang ke tanah air dan sempat menghadiri upucara pengebumian khas mangsa tragedi
  • Mereka berdua dapat bertemu semula dengan rakan-rakan
  • Dengan usaha sama pasukan Polis Diraja Malaysia dan Polis Indonesia. Antik dihantar pulang ke pangkuan keluarganya di sempadan perairan kedua-dua buah negara

KCSP

  • Kanang berkhidmat semula selepas pulih daripada rawatan akibat ditembak musuh
  • Kanang berkhidmat di Sekolah Tempur Pegawai Muda sebagai jurulatih
  • Kanang berkhidmat di Rejimen 511 Pasukan Simpanan Tentera Darat Sarawak sebagai Staf Sarjan
  • Kanang dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 2 pada 1 Oktober 1982
  • Kanang ditukar ke batalion ke- 8, Rejimen Renjer Malaysia di Sibu Sarawak pada 2 April 1983
  • Pada tahun 1983 Kanang dapat bertemu semula dengan ayahnya
  • Sebelum bersara Kanang dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 1
  • Selepas 2 tahun berkhidmat, Kanang bersara daripada angkatan tentera
  • Upacara penyerahan potret Kanang diadakan di Muzium Angkatan Tentera
  • Kanang mendapat penghormatan kunjungan kehormat ke pejabat Dato'Abang Abu Bakar
  • Kerajaan negeri menganugerahi Kanang Pingat Bintang Sarawak
  • Selepas bersara Kanang berpindah ke rumah panjang Skra Hilir menumpang di rumah mertua
  • Kanang mendirikan rumahnya sendiri
  • Kanang mengusahakan tanaman koko

SELAMAT MENJAWAB SOALAN DENGAN TENANG. SEMOGA 100% A MAMPU DICAPAI. Insya-Allah

Sunday, July 25, 2010

JAWAPAN K 1 PMR LPM 2009


  1. B

  2. D

  3. B

  4. C

  5. D

  6. C

  7. A

  8. A

  9. D

  10. D

  11. D

  12. B

  13. A

  14. A

  15. A

  16. D

  17. D

  18. A

  19. A

  20. C

  21. B

  22. C

  23. B

  24. D

  25. B

  26. A

  27. B

  28. B

  29. D

  30. C

  31. C

  32. D

  33. D

  34. B

  35. B

  36. D

  37. D

  38. C

  39. B

  40. C

SELAMAT MENGULANG KAJI


Kesalahan Lazim Tatabahasa

SALAH

  1. daripada luar negara
  2. demi untuk masa hadapan
  3. di musim perayaan
  4. kerana sayangkan anaknya
  5. di dalam bidang ekonomi
  6. mengenepikan
  7. mempastikan
  8. mengkagumkan
  9. memperindahkan tempat itu
  10. beliau adalah pemimpin
  11. paling indah sekali
  12. lain-lain usaha yang dilakukan
  13. banyak rumah-rumah musnah
  14. bilik urusetia ditutup tengahari
  15. menyambut ulangtahun ke 48
  16. kasih-sayang yang di curahkan
  17. kumpulan anti-pengganas
  18. wakil ibu-bapa yang datang
  19. mereka memasuki ke negara ini
  20. yang dibincangkan oleh kami

PEMBETULAN

  1. dari luar negara
  2. untuk masa hadapan
  3. pada musim perayaan
  4. kerana sayang akan anaknya
  5. dalam bidang ekonomi
  6. mengetepikan
  7. memastikan
  8. mengagumkan
  9. memperindah tempat itu
  10. beliau ialah pemimpin
  11. paling indah / indah sekali
  12. usaha-usaha lain yang dilakukan
  13. banyak rumah musnah
  14. bilik urus setia ditutup tengah hari
  15. menyambut ulang tahun ke-48
  16. kasih sayang yang dicurahkan
  17. kumpulan antipengganas
  18. wakil ibu bapa
  19. mereka memasuki negara ini
  20. yang kami bincangkan

untuk maklumat lanjut sila layari http://fhiblog.blogspot.com/2010/07/kesalahan-tatabahasa-dalam-penulisan.html







Saturday, July 24, 2010

PEDOMAN BAHASA 7

PUN yang MENGELIRUKAN
ADA dua jenis penggunaan "pun" dalam bahasa Melayu. Bilakah kita harus menjarakkan dan bilakah pula kita mendekatkan perkataan "pun" dengan perkataan yang mendahuluinya.
DALAM bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan "pun", iaitu:
  • adapun
  • andaipun
  • biarpun
  • kendatipun
  • mahupun
  • sekalipun
  • walaupun
  • ataupun
  • bagaimanapun
  • kalaupun
  • lagipun
  • meskipun
  • sungguhpun

Walau bagaimanapun, "pun" yang bererti "juga" ditulis terpisah. Misalnya:

  1. Apa pun yang dimakannya, badannya tetap kurus.
  2. Sekali pun engkau tidak pernah datang ke rumah aku.
  3. Anaknya pun ingin menurut jejaknya sebagai pendidik yang berjasa.


Thursday, July 22, 2010

PEDOMAN BAHASA 6

KATA KLITIK PERLU BERCANTUM DENGAN KATA DASAR

KATA klitik ialah istilah yang digunakan untuk ganti nama singkat. Bentuk ini sering digunakan oleh pengguna bahasa berdasarkan keperluan budaya. Bentuk yang lazim digunakan ialah kau-, -mu, -ku, dan -nya.
Bentuk singkat ini tidak boleh berdiri sendiri sebagai perkataan. Oleh itu, ganti singkat ini perlu dicantumkan pada kata dasar yang mendahului atau mengikutinya.
  • kaubaca
  • kausambut
  • kucari
  • kutulis
  • adikku
  • kepunyaanku
  • keperluanku
  • laporanmu
  • bukunya

Oleh itu, bentuk yang berikut adalah TIDAK BETUL:

  • *kau baca
  • *kau sambut
  • *ku cari
  • *ku tulis
  • *adik ku
  • *kepunyaan ku
  • *keperluan mu
  • *laporan mu
  • *buku nya

JANGAN LUPA TANDA SEMPANG

TANDA sempang ( - ) adalah tanda bacaan yang sangat penting dalam penulisan, selain noktah dan koma.

Sempang perlu digunakan bagi penulisan kata ganda. Contohnya, lama-lama, setinggi-tinggi, pelabur-pelabur, lintang-pukang, kuih-muih, dan sebagainya. Tanda ini dikekalkan walaupun gandaan itu mengalami pengimbuhan apitan, Contohnya melama-lamakan, memporak-perandakan, disia-siakan, dan sebagainya.

Tanda ini juga perlu digunakan apabila menulis huruf yang bercantum dengan angka dalam satu perkataan. Contohnya, ke-47, 1990-an, 60-an, dan seumpamanya. Oleh hal demikian, tidak tepat jika kita menulis bentuk-bentuk *ke47 atau *ke 47,*1990an atau *1990 an, *60an atau *60 an.

Selain itu, sempang perlu digunakan untuk mencantumkan huruf kecil dengan huruf besar dalam satu perkataan. Contohnya ialah anugerah-Nya, anti-Amerika, rahmat-Mu, dan beberapa lagi. Ejaan yang selain di atas, seperti *anugerahNya atau *anugerah Nya, *antiAmerika atau *anti Amerika, dan *rahmatMu atau *rahmat Mu, adalah SALAH.


PEDOMAN BAHASA 5

"MERBAHAYA" atau "BERBAHAYA"?
MASIH banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru ketika menggunakan kata terbitan atau kata berimbuhan. Contohnya yang ketara ialah penggunaan imbuhan seperti dalam hal perkataan *merbahaya. Bentuk itu salah kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud imbuhan * mer-. Yang sesuai ialah ber-. Oleh itu, gunakanlah perkataan berbahaya. Maksud ber- dalam situasi ini ialah "ada" atau "mempunyai". Dengan hal yang demikian, berbahaya bermaksud "ada bahaya" atau "mempunyai bahaya".
"PERGERAKKAN" atau "PEGERAKAN"?
SATU contoh lagi ialah kekeliruan ejaan *pergerakkan. Imbuhan *per- ...-kan juga tiada dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah pe-..-an dan per-..-an. Jika digunakan pe-..kan, yang terhasil ialah *pegerakan. Bentuk ini salah juga. Oleh itu, bentuk betul ialah pergerakan.
HUKUM D-M
UNTUK memastikan bahawa binaan frasa nama adalah betul dan tepat, kita hendaklah menyusunnya secara "hal yang hendak diterangkan" (inti atau fokus) mendahului "hal yang menerangkan" (penerang atau cerita). Susunan ini dikenali sebagai HUKUM D-M, yang bermaksud "diterang dan menerangkan", D = diterang, dan M= menerangkan.
Sekiranya susunan itu terbalik, binaan frasa tersebut dianggap tidak tepat. Contoh penggunaan yang SALAH adalah seperti yang berikut:
* mini bas
* goreng pisang
* cili sos
Adakah kita menaiki mini? Tidak, kita menaiki bas. Kita tidak akan makan goreng, tetapi makan pisang. Kita tidak menggunakan cili, tetapi menggunakan sos. Perkataan mini, goreng, dan cili hanyalah penerang jenis bas, pisang, dan sos. Oleh itu, kita menaiki bas mini (bas kecil), makan pisang goreng (pisang yang digoreng), dan menggunakan sos cili (sos yang dibuat daripada campuran cili).
Demikian juga halnya dengan *Aminah Restoran, atau *Lim Klinik. Untuk makan kita pergi ke restoran, bukan ke Aminah. Bagi mendapat rawatan kita pergi ke klinik, bukan ke Lim. Aminah dan Lim hanya penerang bagi nama restoran dan klinik. Dengan demikian bentuk yang betul ialah Restoran Aminah dan Klinik Lim.
Walaupun begitu, terdapat beberapa frasa yang digunakan sekarang bertentangan dengan hukum D-M. Hal ini dianggap KECUALIAN. Hal ini terjadi kepada frasa yang membawa maksud jawatan, gelaran atau panggilan, serta yang menunjukkan bilangan. Dalam contoh-contoh yang berikut, perkataan yang berhuruf tebal ialah inti.
  • Perdana Menteri
  • Ketua Pengarah
  • Naib Yang Dipertua
  • Profesor Zahir
  • Haji Fadil
  • Mak Cik Alia
  • dua ekor ayam


PEDOMAN BAHASA 4

PERLUKAH DIGANDAKAN APABILA SUDAH BANYAK
Kata bilangan yang menandakan jumlah "banyak", antaranya semua, segala, pelbagai, para dan beberapa tidak perlu lagi diikuti oleh kata ganda, atau ulangan yang membawa makna "BANYAK". Hal ini demikian kerana penggunaan sedemikian menyebabkan berlakunya keadaan lewah (berlebih-lebihan). Keadaan ini, seperti contoh yang berikut amat MENYALAHI peraturan dalam bahasa Melayu.
* semua pelajar-pelajar
* segala maklumat-maklumat
* pelbagai acara-acara
* para pemenang-pemenang
* beberapa keadaan-keadaan
Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat DUA CARA penggunaan secara gramatis atau mengikut peraturan tatabahasa.
PERTAMA, dengan menghilangkan bentuk gandaan, seperti yang berikut:
  • semua pelajar
  • segala maklumat
  • pelbagai acara
  • para pemenang
  • beberapa keadaan
KEDUA, dengan meniadakan kata bilangan dan mengekalkan gandaan, menjadi bentuk yang berikut:
  • pelajar-pelajar
  • maklumat-maklumat
  • acara-acara
  • pemenang-pemenang
  • keadaan-keadaan
Oleh itu, sebagai pengguna bahasa yang menitikberatkan peraturan penggunaan bahasa yang betul. Perlu anda awasi penggunaan PENANDA JAMAK yang berikut:
  1. Barisan
  2. Dalam kalangan
  3. Gabungan
  4. Gugusan
  5. Gerombolan
  6. Himpunan
  7. Kelompok
  8. Kumpulan
  9. Mesyuarat
  10. Perhimpunan
  11. Persatuan
  12. Pertemuan
  13. Rentetan
  14. Senarai
  15. Susunan
  16. Timbunan
  17. Sebahagian daripada peneroka-peneroka
  18. Sebaris rumah-rumah
  19. Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu
  20. Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan
  21. Segelintir daripada pemohon-pemohon
  22. Sekandang lembu-lembu
  23. Sekawan burung-burung
  24. Serangkai manik-manik
  25. Antologi cerpen-cerpen


Wednesday, July 21, 2010

PEDOMAN BAHASA 3

"Adakah" dan "Apakah"
KEDUA-DUA kata di atas ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata dasarnya ialah apa dan apa. Partikel kah ditambah untuk maksud menegaskan pertanyaan.
Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan yang lebih panjang atau berbentuk huraian / penjelasan.
Dalam hal ini, sering berlaku kesalahan apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah. Misalnya:
  1. Apakah tepat jawapan itu?
  2. Apakah anda sudah bersedia menghadapi peperiksaan?
  3. Apakah dapat anda siapkan tugas itu mengikut jadual?
  4. Apakah majlis itu akan diteruskan?
  5. Apakah berita itu benar?

Tuesday, July 20, 2010

PEDOMAN BAHASA 2

Bentuk-bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-...-i seperti memperolehi, memperbaiki, memperakui, mempersetujui, dan memperhalusi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan kata-kata di atas seharusnya menerima awalan memper-, apitan meN-...-i atau apitan memper-...-kan, seperti contoh yang berikut:
  1. memperolehi sepatutnya memperoleh
  2. memperbaiki sepatutnya membaiki
  3. memperkuasai sepatutnya menguasai
  4. memperdalami sepatutnya mendalami
  5. memperakui sepatutnya memperakukan
  6. mempersetujui sepatutnya menyetujui
  7. memperhalusi sepatutnya menghalusi


Monday, July 19, 2010

PEDOMAN BAHASA 1

KATA NAMA MAJMUK terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contoh:

  • tengah hari
  • jalan raya
  • susu pekat manis
  • segi empat tepat

Terdapat beberapa kata nama majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut nyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Contoh:

  • antarabangsa
  • setiausaha
  • kakitangan
  • tandatangan
  • olahraga
  • pesuruhjaya
  • jawatankuasa
  • suruhanjaya
  • warganegara
  • matahari
  • bumiputera
  • sukarela
  • kerjasama
  • tanggungjawab