- Contoh: Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok bintangor.
2. Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
- Contoh: Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
3. Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah.
- Contoh: Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari.
4. Persoalan mempercayai kepercayaan karut.
- Contoh: Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.
5. Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden.
- Contoh: Pak Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada estrak pokok bintangor spesies calopyllum lanigerum.
6. Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia.
- Contoh: Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh megubati bisul, kudis dan radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah, mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.
Plot:
Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir.
Permulaan:
Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor.
Perkembangan:
Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung.
Puncak:
Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut. Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes aegypti. Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rentetan daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung dijalankan.
Peleraian:
Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita penyakit untut akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan penubuhan Tabung Pak Hamid untuk tujuan rawatan. Manakala, Zahiran berjaya mencungkil latar belakang kehidupan Pak Tua. Sebelum meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan
Teknik Plot:
1. Dialog. Contoh:
- "Kenapa dengan jip pak cik?" Zahiran mengulangi. "
- "Tayarnya pancit!" ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang.
2. Imbas kembali.Contoh:
- Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit Bintangor.
- Pak Tua telah menceritakan kisah kehidupannya kepada Zahiran.
3. Suspens.Contoh:
- Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor.
4. Kejutan.Contoh:
- Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang pernah bertugas di Chicago, Amerika.
5. Pemerian.Contoh:
- Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung.
- Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit suka terpalit duka perjuangan seorang tua.
Watak dan Perwatakan:
Watak Utama
Zahiran
- Anak yatim ( bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun ).
- Pelajar Tingkatan 3 Di Sekolah Menengah Alor Rambai.
- Seorang yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit)
- Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.
- Seorang yang mencintai alam sekitar-dia sedar manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar.
- Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua).
- Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua.
- Berjaya menangkis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.
- Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung.
- Rajin berusaha. Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari nama-nama saintifik pokok daripada Pak Tua.
- Bijak. Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang.
- Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.
Watak Sampingan:
Pak Tua
- Berusia dalam lingkungan 60-an.
- Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra.
- Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu.
- Seorang saintis (Profesor Osman Yunus).
- Pernah bertugas di Chicago, Amerika Syarikat.
- Berharta (mampu membeli empat hektar tanah di Bukit Bintangor).
- Amat cinta akan alam sekitar.
- Seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara-mengetahui tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.
- Menguasai nama saintifik pokok-pokok.
- Banyak idea bernas-beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi membantu mengubati penyakitnya.
- Seorang pemurah-mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Cikgu Idham
- Pengetua baharu di SMK Alor Rambai.
- Mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian.
- Berusia lingkungan 45 tahun.
- Kreatif dan banyak idea.
- Memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.
- Mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.
- Berfikiran terbula dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
Latar
Latar Masa
1. Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya pertandingan Sekolah Lestari).
2. Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam. Contoh peristiwa:
- Pagi- Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua dengan lebih rapat.
- Petang-Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya.
- Malam- Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid.
Latar Tempat
- Kampung Alor Rambai -secara keseluruhannya peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai
- Bukit Bintangor -Pak Tua menanam poko bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai -Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.
- Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor -Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.
- Kedai Runcit Pak Long Hamad -Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
- Rumah Hamzah -Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang demam.
- Hadapan rumah Zahiran -Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan rumahnya.
- Sungai Jeneri -Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah.Contoh:
- Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara.
2. Masyarakat pendidik yang berwawasan.Contoh:
- Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.
3. Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.Contoh:
- Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga,ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka.
4. Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit.Contoh:
- Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.
Gaya Bahasa
1. Diksi
- Penggunaan kata yang mudah difahami.
- Penggunaan istilah-istilah saintifik. Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis, dan virus.
- Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah.
- Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh: mosquito.
- Penggunaan dialek. Contoh: benak(bertempiaran), ceridau(kicauan), jerba(terkam/terpa), mengeluyur(keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih(terlihat) dan upar( menggentel tapak tangan).
2. Penggunaan ayat
- Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus.
- Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujur, tapah, dan kedak.
3. Bahasa Perbandingan
- Simile. Contoh: seperti penceramah Forum Perdana(m/s 11), terkenal macam Datuk Azhar Mansur(m/s 39), Pandai betul kamu buat lawak ye! Macam Senario dalam TV3 (m/s 41)
4. Penggunaan imej alam
- Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan belantara dan nyamuk.
5. Sinkope
- Contoh: tak, ni, nak, dah dan tu
6. Personafikasi
- Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi tersembunyi.
7. Ungkapan Menarik
- Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m/s 10)
- Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ada udang di sebalik batu.(m/s 24)
- Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan cahaya matahari. Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang menderu segar.
Nilai
1. Nilai kasih sayang antara sesama insan.
- Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isteri nya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
2. Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
3. Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan.
- Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
4. Nilai baik hati.
- Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.
5. Nilai bertanggungjawab.
- Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka.
6. Nilai bekerjasana.
- Penduduk kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
- Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.
- Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
- Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.
3. Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
- Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagi mengubati penyakitnya.
4. Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup.
- Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
5. Kita perlu bersikap baik terhadap orang lain.
- Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.
6. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
- Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka.
7. Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran pada setiap masa.
- Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
4 comments:
tlong bagi peristiwa menarik dn suspen untuk novel ni bleh x???harap dapat balas secepat mungkin....
saya pun coz kane wat folio
i said la kene wat folio gak ni
terima kasih bnyk2 :)
Post a Comment