- Contoh: Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.
2. Persoalan kesediaan anak melepaskan kemewahan yang dikecapi.
- Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.
3. Persoalan masalah sosial di bandar.
- Contoh: Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.
4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.
- Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira diminta oleh nenek memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.
Plot:
Permulaan
Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.
Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersiap-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira. Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulang kaji pelajaran.
Klimaks
Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.
Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog
Contoh: "Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini," tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. ( m.s:60 )
2. Deskriptif ( Pemerian )
Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia dengan ayah. ( m/s 61 )
3. Monolog Dalaman
Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. ( m/s 1 )
Watak dan Perwatakan:
Watak Utama
Amira
- Anak sulung daripada tiga beradik.
- Kakak kepada Aidil dan Manja.
- Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.
- Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.
- Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
Watak Sampingan
Ibu
- Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.
- Seorang yang lemah lembut.
- Setia kepada suami.
- Merupakan anak tunggal.
- Seorang ibu yang penyayang.
Ayah
- Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.
- Seorang yang memahami perasaan isteri.
- Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.
- Seorang bapa yang penyayang.
Latar:
Masa
1. Waktu malam
- Ketika Mira dan ahli keluarga bermalam di rumah datuk dan neneknya.
2. Waktu siang
- Hari ketika ibu Mira bersama-sama anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu, semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.
3. Waktu senja
- Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.
Tempat
1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu.
- Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
2. Di rumah datuk dan nenek Mira.
- Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.
3. Di kedai Pak Uda Usop.
- Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.
Masyarakat
1. Masyarakat Bandar.
- Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibi Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.
2. Masyarakat Kampung.
- Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope
- Cobtoh: bu ( ibu ), tak ( tidak ), nek ( nenek ), nak ( hendak )
2. Metafora
- Contoh: Sembili rindu ( m/s 64 )
3. Diksi
- Contoh: Bahasa Arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam ( m/s 63 )
4. Peribahasa
- Contoh: Tidur-tidur ayam ( m/s 62 ), makan angin (m/s 61 )
Nilai
1. Nilai kasih sayang
- Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.
2. Nilai pengorbanan
- Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham betapa besarnya pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.
3. Nilai kepatuhan
- Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.
Pengajaran
- Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi.
- Kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan.
- Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
9 comments:
hey !! banyak membantu la..tenkiu ! :D
bende banyak jugak membantu la..............tenkiu! 8|
Minta izin copy . Tq
Bagus.Berguna.Terima Kasih.
n
o
o
b
tq ...
Why don't have perwatakan nenek
Why don't have perwatakan nenek
Post a Comment