Persoalan:
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari rezeki.
2. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di kota tersebut.
3. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencar rezeki di kota tersebut.
Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah baris bebas. Contoh: R1,2 dan 4 - 4 baris. R3 -7 baris.
4. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.
5. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.
Gaya Bahasa:
1. Kata ganda. Contoh: Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu ( R3, b3 )
2. Sinkope. Contoh: Kulihat kau mematuk pasir pertama ( R3, b1 )
3. Asonansi. Contoh: Dan remah anak-anak sekolah ( R3, b5 )
4. Aliterasi. Contoh: membuka mataku ( R1, b4 )
Nada:
Sajak ini bernada sinis
Nilai:
1. Nilai keprihatinan. Contoh keprihatinan dengan nasib golongan pengemis di kota.
2. Nilai kegigihan. Contoh: Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
3. Nilai keyakinan. Contoh: Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.
Pengajaran:
- Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.
- Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki. Contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
- Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri. Contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.
9 comments:
hai
sohai
Terima kasih
Terima kasih
Ter!M@ ka$iH :>
tq for the post .............
hai
sohai XD
terima kasih cikgu!!!
sgt bermakna bagi saya...
Post a Comment