- Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
- Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihan sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang.
- Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.
Plot:
Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.
Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan, Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatian.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog.
Contoh:
- "Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."
- "Angah cuma tengok saja ..."
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?
Watak dan Perwatakan:
Along
- cepat meradang terutama kepada adiknya
- sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan
- membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan
- pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya
Angah
- gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along
- berwajah comel
- suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah
- wajahnya pucat apabila dimarahi
- buah hati ibu
Abah
- seorang yang tegas
- memukul adik dengan tali pinggang
Emak
- suka menyebelahi adik
- mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah
- bersikap garang dengan Along
Latar:
Masa
1. Malam.
- Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.
2. Tengah hari.
- Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah.
Tempat
1. Ruang tamu
- Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.
2. Di rumah.
- Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.
3. Di meja makan
- Contoh: Ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.
4. Di katil
- Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar.
- Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama. Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru.
- Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang.
- Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope
- Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. ( Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.
2. Kata Ganda
- Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.
3. Peribahasa
- Contoh: Berat sebelah, tebal muka, managih kasih.
4. Metafora
- Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.
Personifikasi
- Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.
Antomomisia ( memperlihatkan sifat seseorang )
- Contoh: Hantu Kecil
Totologi ( Perulangan untuk penegasan )
- Contoh: Benci. Aku benci
Nilai:
1. Nilai kasih sayang
- Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
- Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
- Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat-menghormati
- Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
- Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehingga sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran:
- Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita. Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.
- Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
- Kita janganlah memperbesar perkara-perkara yang kecil. Contoh: Perkara macam itu pun engkau besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
- Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat kali pertama ini aku memeluk dan mengucupinya.
- Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.
12 comments:
salam sejahtera...camni tak perlulah lagi cari buku komsas kat book store lagi...
owh..thanks...snang maw fham crita cerpen nie,,,tq very much!!!!!!!!!!!!
snglah mcm nie lw nak bwt krja skolah..hahahaha...
assalamualaikum ,, saya nak minta copy ,, boleh ke ???
terima kahseh... senang hati ihi chewah.. thanks!
bnyk pngajaran cam nih....
<3
bla bca cerpen nie menangis uh...
Boleh copy and paste lah lepas ni. SELAMAT!!!
Minta izin copy . Tq
hi I want 2 copy tiz lah
Cerpen ni sedeh sgt bile bace :`)
babi noob gi mampus
Post a Comment