Tema:
- Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer. Contonya, Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyusup sistem di makmal.
- Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi. Contohnya, hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.
- Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya, Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang seni dan kesusasteraan.
Plot:
Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiada pun daripadanya berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat uji kaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Teknik Penceritaan:
- Deskriptif (pemerian ). Contohnya, dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).
- Monolog dalaman. Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu ( m/s 10 ).
- Imbas kembali. Contohnya, Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s4).
- Imbas muka. Contohnya, Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah ( m/s 17 )
Watak dan Perwatakan
( 1 ) Watak Utama
Basirah
- Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.
- Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.
- Siswi dalam jurusan Sains Komputer.
- Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.
- Seorang yang pintar.
Watak Sampingan
Hanani
- Anak sulung kepada ahli perniagaan dan berusia 16 tahun.
- Kakak kepada Basirah.
- Seorang yang lincah dan kreatif.
- Suka mengambil berat akan adiknya.
- Mempunyai ramai kawan.
- Seorang yang suka kegiataan rekreasi.
Latar:
Latar Masa
(i) Siang - Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal Perdana
(ii) Malam - Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
(iii) Hari Minggu - Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem komputer, Makmal Perdana.
Latar Tempat
(i) Makmal sistem komputer di Makmal Perdana - tempat Basirah menjalani latihan amali tahun akhir jurusan Sains Komputer.
(ii) Pusat bandar Kota Kinabalu - tempat letaknya Makmal Perdana.
(iii) Sekolah kanak-kanak pintar - tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-kanak.
(iv) Institusi pengajian tinggi di Semenanjung - tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan Sains Komputer.
Latar Masyarakat:
(i) Masyarakat yang celik komputer - Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer.
(ii) Masyarakat terpelajar - Basirah merupakan siswi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi.
(iii) Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung.
Gaya Bahasa:
(i) Metafora:
Contohnya, meniti buih di jeram ( m/s 3 ), mata fikir ( m/s 2 )
(ii) Diksi:
Bahasa Inggeris - hyperintelligent ( m/s 2 ), the exteminator ( m/s 8 )
Bahasa IT - Sofware (m/s 1 ), user ( m/s 1 ), hacker ( m/s 2 )
Istilah Sains - Osiloskop ( m/s 11 )
(iii) Hiperbola:
Contohnya, Menggunung secara halimunan juga ( m/s 9 )
(iv) Sinkope:
Contohnya, Dah ( sudah ), Kak ( kakak )
(v) Simile:
Contohnya, Dipuji macam bidadari
Contohnya, Diraikan macam puteri
(vi) Perlambangan
Contohnya, Busut
Nilai:
- Nilai kasih sayang. Contohnya, kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi Basirah yang ke 14.
- Nilai berusaha. Contohnya, Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
- Nilai tanggungjawab. Contohnya, Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
Pengajaran:
- Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
- Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
- Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
5 comments:
Minta izin copy . Tq
unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta unta
masyallah drpd kmu tu kluar higus sedut blk x sdar dri ke
pasal gila
terima kasehhh
Post a Comment