Tuesday, July 29, 2014

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


KAEDAH MENJAWAB SOALAN NOVEL

4a
Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari
4b
Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari

Contoh Jawapan Soalan 4 a

Novel Renyah

Konflik kekeluargaan tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik anak-anak.

Contoh:

Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan dalam kalangan anak-anaknya tetapi gagal. Hasnol ditangkap kerana rasuah. Dani pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat serenti, Ilham lari ke luar negara dan menderhaka kepada negara dengan demonstrasi menentang pembalakan Malaysia di luar negara. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaan.

CARA MENULIS JAWAPAN MANTAP

Novel yang telah saya kaji ialah novel Renyah.Novel ini mengetengahkan tema konflik kekeluargaan tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik anak-anak. Hal ini jelas dihadapi oleh watak utamanya iaitu  Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan dalam kalangan anak-anaknya tetapi gagal. Hasnol ditangkap kerana rasuah. Dani pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat serenti, Ilham lari ke luar negara dan menderhaka kepada negara dengan demonstrasi menentang pembalakan Malaysia di luar negara. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaan.

ATAU

Novel yang telah saya kaji ialah novel Sutera Dalam Lukisan. Novel ini mengetengahkan tema konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan neneknya. Konflik jiwa yang waktak utamanya Bujei berlaku disebabkan pandangan negative orang kampong akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tiri Bujei telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup Bujei dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala


No comments:

Post a Comment