Tuesday, July 29, 2014

MAHIR MENGARANG



BM SPM KOD 1103/1

PELUANG SAMA RATA UNTUK MENJAWAB

Soalan karangan yang dikemukakan dalam BM kertas 1 sifatnya mesti memberi peluang sama rata untuk semua jantina, bangsa dan agama untuk menjawabnya. Soalan yang condong memihak kepada suatu jantina, bangsa dan agama biasannya dielakkan daripada dikemukakan. Sebagai contoh, isu kemerosotan mutu sukan bola sepak hanya memberi peluang lebih baik kepada pelajar lelaki tetapi bagi pelajar wanita yang tidak meminati bola sepak tidak berpeluang untuk menjawab soalan tersebut. Soalan tersebut sepatutnya punca kemerototan mutu sukan negara secara umum. Dalam hal ini, pelajar berpeluang menjawab dengan mengemukakan mana-mana jenis sukan yang diminati misalnya bolasepak, bola jaring, badminton dan sebagainya.


TONJOLKAN KEMAHIRAN BAHASA DAN KEMANTAPAN BUDAYA BANGSA MELALUI UNGKAPAN MENARIK

Contoh Frasa dan Ayat Kemas dan Lancar

Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini.
Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta.
Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.
Dengan memupuk sikap sebegini ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air.
Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".
Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian, bak kata pepatah, “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.



No comments:

Post a Comment