Tuesday, July 29, 2014


CONTOH 1

Watak sampingan selalunya mempunyai kaitan yang rapat dengan watak utama. Berdasarkan novel Tingkatan 5 yang anda kaji, jelaskan perkaitan antara tiga watak sampingan dengan watak utama.

Rangka Jawapan





Adila

Sidang Saman

Harun



Sutera Dalam Lukisan

Perkaitan watak sampingan dengan watak utama  ………………….



Rakan


Contoh Jawapan

            Banyak watak sampingan yang terdapat dalam novel Tingkatan 5  yang saya kaji iaitu Sutera Dalam Lukisan. Watak sampingan ini mempunyai perkaitan secara langsung dengan watak utama iaitu Bujei.
            Adila ialah rakan sepermainan Bujei yang akhirnya menjadi menjadi sahabat karib dan jatuh cinta terhadap Bujei dan sanggup berkongsi suka duka bersama-sama.
            Harun pula ialah bapa tiri Bujei ababila berkahwin dengan Fatimah ibu Bujei. Harun mudah panas baran dan sangat kejam terhadap Bujei. Dia juga sanggup mengikis harta peninggalan arwah suami Fatimah dan berpura-pura baik kepada Bujei.
            Sidang Saman ialah ketua kampung tempat tinggal Bujei dan sangat bertanggungjawab terhadap anak buah. Beberapa kali membantu Bujei dan mengambil berat terhadap anak buah . Beliau meminta anaknya mencari Bujei apabila tidak dijumpai Bujei di kampung.

Aktiviti Peneguhan  

Kemukakan satu lagi contoh perkaitan bagi setiap watak tersebut.

………………………………………………………………………………………………..............

……………………………………………………………………………………………..................


……………………………………………………………………………………………….............








No comments:

Post a Comment