KAEDAH MENJAWAB SOALAN NOVEL
4a
|
Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari
|
4b
|
Huraikan latar masyarakat dalam novel yang
telah anda pelajari
|
Contoh Jawapan
Soalan 4 a
Novel Renyah
Konflik kekeluargaan tokoh perniagaan Melayu
dalam mendidik anak-anak.
Contoh:
Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan
dalam kalangan anak-anaknya tetapi gagal. Hasnol ditangkap kerana rasuah. Dani
pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat serenti, Ilham lari ke
luar negara dan menderhaka kepada negara dengan demonstrasi menentang
pembalakan Malaysia di luar negara. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan
suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri
keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaan.
CARA MENULIS JAWAPAN MANTAP
Novel yang telah saya kaji ialah novel Renyah.Novel ini
mengetengahkan tema konflik kekeluargaan
tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik anak-anak. Hal ini jelas dihadapi
oleh watak utamanya iaitu Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan dalam
kalangan anak-anaknya tetapi gagal. Hasnol ditangkap kerana rasuah. Dani
pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat serenti, Ilham lari ke
luar negara dan menderhaka kepada negara dengan demonstrasi menentang
pembalakan Malaysia di luar negara. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan
suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri
keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaan.
ATAU
Novel yang telah saya kaji ialah novel Sutera
Dalam Lukisan. Novel ini mengetengahkan tema
konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian
kedua-dua ibu bapa dan neneknya. Konflik jiwa yang waktak utamanya Bujei
berlaku disebabkan pandangan negative orang kampong akibat fitnah yang ditabur
oleh bapa tiri Bujei telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal.
Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup Bujei dan kembali menjadi
manusia normal seperti sediakala
No comments:
Post a Comment