BM SPM KOD 1103/1
PELUANG SAMA RATA UNTUK MENJAWAB
Soalan karangan yang dikemukakan dalam BM kertas
1 sifatnya mesti memberi peluang sama
rata untuk semua jantina, bangsa dan agama untuk menjawabnya. Soalan yang
condong memihak kepada suatu jantina, bangsa dan agama biasannya dielakkan
daripada dikemukakan. Sebagai contoh, isu kemerosotan mutu sukan bola sepak
hanya memberi peluang lebih baik kepada pelajar lelaki tetapi bagi pelajar
wanita yang tidak meminati bola sepak tidak berpeluang untuk menjawab soalan
tersebut. Soalan tersebut sepatutnya punca kemerototan mutu sukan negara secara
umum. Dalam hal ini, pelajar berpeluang menjawab dengan mengemukakan mana-mana
jenis sukan yang diminati misalnya bolasepak, bola jaring, badminton dan
sebagainya.
TONJOLKAN KEMAHIRAN BAHASA DAN
KEMANTAPAN BUDAYA BANGSA MELALUI UNGKAPAN MENARIK
Contoh Frasa dan Ayat Kemas dan
Lancar
Amalan ini merupakan budaya yang
dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa
agar sentiasa releven dan diingati
oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini.
Dengan menjalankan amalan
bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan
memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta.
Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai
kita roboh
Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di
situ ada jalannya.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting
sebagai agen perpaduan . Hal ini
dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara
yang mendapati jurang pemisah antara
kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati
lain-lain.
Dengan memupuk sikap sebegini ini,
kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum
air.
Amalan ini juga mampu memasyarakatkan
rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Melalui cara ini, kita dapat menjalin
dan meningkatkan hubungan sesama jiran, bak kata pepatah, “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”.
Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".
Marilah kita belajar amalan yang baik
dan amalkannya dalam kehidupan harian, bak kata pepatah, “yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.
No comments:
Post a Comment