Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei
yang dianjurkan oleh sebuah akhbar tempatan. Tajuk esei yang anda pilih ialah
“Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara”.
Tulis esei itu selengkapnya.
|
CIRI
KARANGAN
CEMERLANG
|
Peranan
Media Massa Dalam Pembangunan Negara
Oleh:
Zaiton Bt Othman
Media massa yang terdiri daripada
media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang amat penting dalam
pembangunan sesebuah negara. Media massa menyalurkan pelbagai maklumat yang
dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah
negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan
kehidupan mereka umpama ‘katak di bawah tempurung’. Malaysia kini sedang
berusaha menjayakan projek multimedianya dengan serius untuk melahirkan
masyarakat yang bermaklumat. Soalnya, apakah peranan media massa dalam
pembangunan negara.
Satu daripada peranan media massa
ialah sebagai sumber maklumat yang amat penting kepada masyarakat. Media massa
boleh dijadikan alat yang berpengaruh dalam bidang pendidikan, penyebaran
ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan ekonomi dan sukan serta dapat
membantu proses minat membaca. Melalui media, orang ramai memperoleh pengetahuan dan mengenai apa-apa
jua yang berlaku di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, bagi seseorang
ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang perniagaan akan dapat
membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan
menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami
kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan
masyarakat kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang. Pepatah
menyatakan ‘membaca kunci pengetahuan’. Rakyat seperti ini akan dapat
membantu proses pembangunan negara dengan cepat.
Selain itu, media massa turut
berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media
massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat
disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu
dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang
itu dapat menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak langsung, media massa
terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa
masyarakat berbilang kaum. Semangat bersatu padu dan saling menghormati dapat
mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat mengelakkan tercetusnya
peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum daripada terus berulang.
Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu
proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.
Di samping itu, media massa turut
berperanan sebagai alat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Hubungan yang
baik antara pemerintah dengan rakyatnya perlu diwujudkan untuk pembangunan.
Umpamanya, media massa boleh menyiarkan dasar-dasar kerajaan seperti
menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagainya supaya rakyat dapat
memahami dan menerima serta bersikap terbuka terhadap dasar-dasar pembangunan
negara. Sesebuah kerajaan memerlukan sokongan rakyatnya dalam segala langkah
dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan kerajaan yang cekap dan
telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui media massa, rakyat
boleh memberikan reaksi dengan mengemukakan pandangan mereka. Dengan wujudnya
pertukaran maklumat ini, peranan antara kerajaan dengan rakyat akan lebih
berkesan.
Seterusnya, media massa turut
berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan pesat. Hal ini
demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh
sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan di pasaran yang dapat
melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan ruangan
iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikan barangan keluaran
syarikatnya, Dalam era globalisasi ini, terdapat perniagaan yang dijalankan
melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikat akan
dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembang
dengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara.
Selain itu, media massa turut
menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikan
kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas. Oleh itu, bidang
tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang boleh ditawarkan adalah
yang berkaitan dengan bidang kewartawanan, pentadbiran, penyuntingan,
penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yang terhasil pula
perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidang pemasaran,
Menerusi media elektronik pula, pembuatan peralatannya memerlukan pekerja
yang banyak dengan kepakaran yang tertentu. Tenaga mahir dalam bidang
pengiklanan juga begitu banyak. Secara tidak langsung masalah penggangguran
dalam negara dapat dikurangkan.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapat disimpulkan bahawa bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian
daripada warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, bangunan
bersejarah haruslah dikekalkan untuk penghayatan dan kepentingan generasi
akan datang. Dengan ini diharapkan usaha-usaha memulihara bangunan bersejarah
dilaksanakan secara berterusan agar negara dapat menarik lebih ramai
pelancong berkunjung ke negara ini.
Media massa turut berperanan sebagai
sumber hiburan. Menerusi media cetak, ruangan berunsur hiburan seperti
kartun, berita sukan, cerpen, berita tentang artis dan sebagainya dapat
menghiburkan masyarakat. Rancangan hiburan dan muzik yang disiarkan menerusi
radio dan televisyen juga boleh mengurangkan ketegangan. Menerusi multi media
seperti komputer dan internet, kanak-kanak dapat bermain permainan komputer
sambil mendengar muzik. Sumber-sumber tersebut dapat menenangkan fikiran dan
mengurangkan tekanan di samping memberikan hiburan.
Kesimpulannya, media massa
sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Oleh
itu, media seharusnya diberi kebebasan dalam melaksanakan fungsinya secara
objektif dan telus. Dengan kebebasan ini diharapkan tiada pihak yang
mengambil kesempatan pada keistimewaan yang dimiliki oleh media untuk
dijadikan alat propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain.
Tegasnya, media massa berperanan membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai
kemajuan.
|
|
'Apabila kita memohon kebijaksanaan daripada Allah, Dia mengurniakan masalah kepada kita untuk diselesaikan'.
Tuesday, July 29, 2014
Karangan SPM: Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment