NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS)
DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
TINGKATAN 4
PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)
SINOPSIS:
Novel ini menceritakan, Raiha
seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum
berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali
sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para
pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak
ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada
sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah
tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan
dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang
kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum
itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya
dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika
itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi
tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali
membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki
itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari
pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu
mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa
aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya,
sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh
doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.
SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang
baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar
apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya.
Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk
membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas
pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan
dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus
berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan
ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan
seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga
dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor
Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami.
Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan
kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan
ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan
Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai
suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan.
Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi
pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah
kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat
kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah
ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister
Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK
setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran
Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan
dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga
rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan
Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha
disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya
selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya
diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang
leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut
diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia
tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin
harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan
diri daripada bertembung dengan Rahia.
BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas
terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji di
rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga
anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang
langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha.
Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan
kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya
kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik
mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering
mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang
sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu
diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang
menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada
sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak
bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga
teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK
miliknya.
BAB3
Sister Felicia menjalankan rutin
hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui
pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah
atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan
perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia
mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim
kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang
bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik
Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan
dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk
sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu
Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada
Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan
semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan
peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca
kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor
Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula
memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak
saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga
teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron,
masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan
Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan
tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang
selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian
lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah
menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan
serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja
melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan
bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.
Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa
adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha.
Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak
memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
BAB4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah
apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula
kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang
berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk
Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah
Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor
Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat
ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga
teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia
malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat.
Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut
sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan
diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap
panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum
diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas
daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut
dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan
rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya
yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli
tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu
akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan
persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya
menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu.
Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja
untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat
kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana
mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga
ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya
sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi
lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan
tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor
Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak
dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa
mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa
memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang
sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan
splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah
hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri
daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis
dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam
fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai
menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu
bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan
masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih.
Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan
akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang
dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan
seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam
fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua
pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang
dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini
seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia
mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad
pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad
bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada
malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa
peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai
bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di
situ.
BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah
kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah;
Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor
Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga
tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas
menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul
lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha
membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri
sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri
untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya
ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor
Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang
akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang
juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati
Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor
Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak
apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya
menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat
tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat
bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang
sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah
apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering
datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong
sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan
emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau
apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong
dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan
ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang
memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta
Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak
lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui
hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati
Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh
gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB7
Felicia Landosi, Sister Kanan
kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan
situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar.
Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan
‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia
sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan
jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak
dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap
Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya
menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat
kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa
kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap
liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila
mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh
seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah
Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil
keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan
itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan
kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah
pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.
Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk
Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya,
Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
BAB8
Raiha masih dihimpit dengan
kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak
perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang
pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan
ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis.
Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada
dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali.
Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila
Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh
yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara
dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan
penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan
membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu
parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta
penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong
Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir
semester.
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok
masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak
saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang
terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya
bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut
sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang
pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur.
Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat
dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis
sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol
selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah
perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit
golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang
kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar
apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila
ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di
Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan
tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz
yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz
akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap
Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis.
Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang
memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori
yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah
merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat
berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan
dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat
rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan
melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan
tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada
anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon
maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli
minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan
menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu
sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di
situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar
bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
TEMA
Ketabahan seorang wanita
menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
- Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
- Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya.
Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom
lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam
kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha
tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas
untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan
Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya
daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan
membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung.
Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan
bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
- Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya
- Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya
Doktor Sadiz disebabkan keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar
menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’.
Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan
menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat
disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan
suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah
dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat
saksi utama tidak muncul dalam perbicaran, bekas suaminya yang
menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut
dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan
melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya
tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu
dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal
menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.
- Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk
menjadi pakar bedah
- Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap
cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha
tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan
mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan
ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas
beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja
di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Tabah menerima tugas membedah
- Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron
walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang
tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk
membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin
supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas
itu.
- Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk
membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan
tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor
itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan
Kasih.
- Tabah menghadapi penceroboh
- Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda
berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar peubatan yang tidak
menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi
masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan
panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh
tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara
kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda
tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital
lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu
Unong dirawat dan akhirnya diberkas.
- Tabah menerima berita punca kematian anaknya.
- Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi
oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila
mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi
menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita
punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.
PERSOALAN
- Persoalan tentang kepentingan diri melebihi
kepentingan masyarakat. Sikap lebih mementingkan keuntungan
syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan
kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.
Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di
sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu
rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
- Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar
walaupun sudah berumah tangga. Sikap Doktor Uwang yang masih
berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia
seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah
tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak
bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan
dia seorang yang pemilih.
- Persoalan tentang tanggungjawab yang harus
dipikul.Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong
walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan
pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan
merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk
melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
- Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.
Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa
sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun
akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga
mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa
anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.
- Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.
Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap
amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa
menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian
tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan
mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia
sebaliknya reda menerima berita tersebut.
- Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.Raiha
begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula
dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia
dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan
media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan
dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang
kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron.
Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah
menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan
berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.
- Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat
keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma
yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk
keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan
memintannya menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha
tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa
hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.
- Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu
sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum
dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan
mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan
banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang
mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ
bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan
ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha
berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang
akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.
PLOT
v
Permulaan
- Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha
terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua
kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor
Sadiz menjadi suami yang baik.
- Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit
yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang
pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi
selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar
ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan
pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan
tidak perlu menjalani pembedahan lagi.
v
Perkembangan
- Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam
dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu
sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam mimpi.
Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika
disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung
atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
- Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan
dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam
hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara
luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan
sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan
sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian
anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang
dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi
ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha
dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap
Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku
sekolah rendah lagi.
- Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas
kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar
Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak
ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha
yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya
turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status
pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan
fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang renting dalam
jaga dan tidurnya.
- Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta
oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui
bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha
menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih
terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya
dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.
- Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa
menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan
itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya
diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan
mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut
bidang perubatan.
- Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan
akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun
lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya
mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan
lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang
mati secara trajis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar
tembok pusat rawatan itu.
- Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan
kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tumpurung
lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu
dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk
pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan
pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa
menghiraukan ego dan statusnya.
- Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya
adalah disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta
mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara
tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa
keadaan.
v
Konflik
Ø
Konflik dengan diri sendiri
Ø
Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang
dialaminya
- Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam
kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian
anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa
hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan
kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian
itu.
Ø
Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
- Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor
Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai
isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui
isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.
Ø
Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya
- Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui
bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia
berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam
pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.
Ø
Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
- Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati
akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran
anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa
terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat
mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu
sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya
itu.
Konflik dengan orang lain
Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
- Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang
menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha
menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan
merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan
akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama
tidak mucul dan menceritakan kisah yang sebenar.
Konflik antara Sister Felicia dan Raiha
- Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila
Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron.
Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati
pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu
Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang
dan tidak menerima teguran tersebut.
Konflik antara Raiha dengan ayahnya
- Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya
tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras
juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.
Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
- Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu
mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya
membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak
Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong
itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan
prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.
Konflik antara Sister Felicia dengan Emak
Unong
- Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong
Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong
menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan
mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak
bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen
dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati
dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut
sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.
Konflik antara Sister Felicia dengan
Doktor Uwang
- Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana
melakukan kesalahan memarahi pesakiit. Doktor Uwang yang memberikan
kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia
sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang
ditegur oleh Doktor Uwang.
§
Klimaks / Puncak
Ø
Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor
Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang
dan pergelangan tangannya yang kebas.
- Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan
mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh
oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat
rawatan tersebut.
- Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara
perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah
minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu.
Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor
Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan
tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak
dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang
terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital
tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja
dan bukan setaraf dengan dirinya.
- Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk
penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang
pada pegelangan tangan dan tempurung lututnya.
§
Peleraian
- Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor
Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan
segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada
anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang
hancur.
- Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf
daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli
minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya
itu.
- Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya
Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
- Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut
kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar
oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
- Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak
tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.
- Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan
bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
- Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
- Doktor pakar bedah
- Anak kepada doktor pakar bedah
- Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10
tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
- Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
- Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan
pendirian
- Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa
curiga dengan kemampuan diri sendiri.
- Sentiasa terkenang peristiwa malang yang
mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
- Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak,
sebaik mungkin, seboleh mungkin.
- Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang
biasa
- Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai
kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
- Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang
surgery
- Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
- Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
- Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota
Kinabalu
- Berwajah kacak dan segak
- Berusia pertengahan empat puluhan
- Bertubuh sederhana
- Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
- Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam
dongengan silam.
- Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
- Bekas Pesakit Doktor Uwang
- Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau
lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk
mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
- Kurus cengkung dan pucat
- Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
- Mempunyai masa depan yang cerah
- Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan
biasiswa kerajaan pusat
- Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar
Negara
Doktor Sadiz
- Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor
Uwang
- Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
- Pakar Perunding Pembedahan
- Pakar Bedah Otak
- Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
- Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak
petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang
perbicaraan.
- Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya
akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan
kereta mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat
kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
- Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan
kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi
tersebut.
Ayah Raiha
- Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
- Seorang yang optimistic
- Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk
keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki
angkuh yang lebih tua daripadanya.
- Sudah meninggal dunia
- Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang
anak lelaki dengan isteri baharu.
- Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah
urusan di sebuah jabatan kerajaan.
- Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana
baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada
hidupnya dalam jangka masa panjang.
- Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Sister Felicia Landosi
- Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
- Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital
Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz
- Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang
liar sewaktu mudanya.
- Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan
Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan
Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan
petrol oleh Doktor Sadiz.
- Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di
sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama.
- Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat
bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca
anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani
pembedahan.
LATAR
Latar Tempat
- Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
- Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
- Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan
tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan
- Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki
dan kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
- Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
- Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor.
Ø
Apartment Raiha
- Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam
kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor
Sadiz.
- Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas
seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta
merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun
lalu.
Ø
Rumah Tumpangan
- Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha
membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
- Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha
dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka
terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
Ø
Rumah Doktor Uwang
- Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
- Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun
baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor
Sadiz pulang.
- Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di
hadapan TV.
Ø
Mahkamah Keluarga
- Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga
Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat
rentung.
Ø
Wad Super VVIP
- Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima
bintang
- Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
- Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat
rawatan itu.
Ø
Daerah Inanam
- Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di
sekolah rendah
- Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah
Inanam ini
Ø
Hospital Kinabalu
- Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
- Sempat bertugas beberapa tahun di situ
- Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
Latar Masa
Malam Hari
·
Kemalangan Doktor Uwang
o
Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang
menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o
Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut
kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas
dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
o
Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan
pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik
keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit
gologan menengah dan sederhana.
- Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan
Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di
Farmasi pusat rawatan tersebut.
- Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal
apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa
anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun
Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital
tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
- Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan
Raiha dan Doktor Sadiz
- Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor
Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta
mewah milik Doktor Sadiz.
- Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang
oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia,
namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya
itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak
petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya
kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang
marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak
perempuannnya itu.
- Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu
hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk
menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat
keadaannya pada waktu.
- Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat
kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan
pembedahan ke atasnya.
Waktu Senja
- Pembedahan keenam
- Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong
Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya
dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha
mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut
dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah
pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat
Ø
Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
- Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat
ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya
Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan
rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat
keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
Ø
Latar masyarakat yang takut berterus terang
- Sister Felicia Londusai tidak berterus terang
dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak
perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang
menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah
yang membawa terhadap Raiha.
Ø
Latar masyarakat yang ego
- Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak
perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab
sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah
disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri
dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka
yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.
Ø
Latar masyarakat yang mempunyai matlamat
tinggi
- Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha
masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti
ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan
kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada
Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Ø
Latar masyarakat yang berusaha di luar
kemampuan
- Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos
rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan
sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas
menengah bawah sahaja.
Ø
Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan
bebas
- Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga
mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
- Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang
cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan
menghantar anaknya itu di asrama.
Ø
Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
- Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam
kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan
Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
- Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor
Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada
tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan
barisan jururawat dan staf yang terlatih.
TEKNIK PENULISAN
- Pemerian
·
Pemerian tentang latar belakang Sister
Felicia
o
Latar belakang Sister Felicia dideskripsi
menggunakan kaedah pemerian. Penulis menceritakan bahawa Felicia lahir akibat
keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan
penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri.
Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar
bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan.
- Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas
kematian anak perempuannya.
o
Setiap kali penulis menceritakan kematian anak
perempuan Raiha, penulis menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat
anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakkan api yang sedang memamah kereta
Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya
rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang
dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan menyimbah
minyak petrol kea rah kereta mewah tersebut.
- Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang
o
Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang
menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan
bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak perempuan pak ciknya itu
datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa
ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kederaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Pemerian tentang kematian Rohayu
o
Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai
akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang
dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha
yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu,
membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang
membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga
ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak
petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan
apa yang sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.
- Pemerian tentang penyakit Unong Siron
o
Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron.
Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada
syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang
dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan
pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja. Pemerian tentang pembedahan
yang telah lima kali dilalui oleh Unong Siron memberikan pengalaman ngeri
kepada pembaca yang membaca novel ini.
Dialog
·
Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
o
Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel
ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran
anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang
cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak
untuk hidup.
- Dialog Raiha dan ayahnya
o
Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya
pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar
bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki
yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut
mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar
bedah tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.
- Dialog Raiha dan Sister Felicia
o
Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia
ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika
kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa ‘sapi tua’ paggilan
terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan
terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima
peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak
harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.
- Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o
Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk
berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia
kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan
kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong
dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia
berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat
itu.
- Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron
o
Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima
adalah panggilan palsu, dia mengambil kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion
yang baharu sahaja dibedah senja itu. Sewaktu Raiha merenung muka Unong, ibu
Unong Siron bertanya tentang keadaan anaknya itu. Raiha menjelaskan bahawa
tidak ada apa-apa yang berlaku sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan
segera sembuh dan tidak perlu dibedah lagi.
- Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia
o
Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia
sewaktu menunggu Doktor Sadiz. Selepas pulang dari rumah Datu Untong, Felicia
dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika menunggu Doktor Sadiz, Doktor Uwang
menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen yang diberikan oleh Felicia, jawatan dan
tangga gajinya akan dinaikkan.
Imbas kembali
·
Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
o
Raiha sering mengingati anak perempuannya,
Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih
belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di
rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering
menghantui fikirannya.
o
Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat
kematian anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang
wajah anak perempuan itu meminta ikhsan daripadanya. Dia juga terimbas kembali
sewaktu melakukan otopsi ke atas anak perempuan itu.
- Imbas kembali zaman sekolah rendah
o
Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah
rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat
Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak
ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang
diamalkan.
- Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut
nyawa Doktor Sadiz
o
Raiha teringat kembali saat kematian bekas
suaminya. Selepas menang dalam perbicaraan Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi
utama tidak muncul. Sewaktu bertembung dengan Raiha di hadapan mahkamah, Doktor
Sadiz menjelaskan bahawa Raiha akan digantung tanpa tali sampai bila-bila
sebagai balasan menjejaskan status elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan
itu. Sejurus beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori
tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat menyebabkan keretanya
meletup dan terbakar.
- Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian
tinggi
o
Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di
pusat pengajian tinggi. Salah seorang tenaga pengajar ialah Doktor Uwang,
seorang pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia secara sukarela membantu
melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.
Saspens
Saspens punca kematian anak
perempuan Raiha
o
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat
gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega
dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan
situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak
muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut.
Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.
Saspens nasib Felicia yang
ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
o
Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah
oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens
tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan
khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha
Berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan
bantuan pemuda itu di hospital yang lain.
GAYA BAHASA
v
Peribahasa
- Similie
- Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan
silam,
v
Penggunaan Diksi
- Kata-kata istilah sains perubatan
- Kata istilah sains perubatan banyak digunakan
oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran
yang jelas tentang bidang perubatan. Antaranya
- X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic,
Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi
(SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis
v
Perkataan masyarakat setempat
- Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah
banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan.
Antaranya
- Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol
NILAI
ü Nilai
Kerajinan
- Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister
Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas
sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang
jururawat di Hospital Kinabalu.
- Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak
Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu
menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja
yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
ü Nilai
Ketekunan
- Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui
watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama
seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya
yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi
pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat
di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
ü Nilai
Keberanian
- Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas
kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya
itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu
berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak
disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang
basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di
mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
ü Nilai
Bertanggungjawab
- Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan
ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal
ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu
menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat
panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama
di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
ü Nilai
Keprihatinan
- Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong
Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku
apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar
yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan
agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir
dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama
ini.
ü Nilai
Ketabahan
- Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap
cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha
tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan
mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan
ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas
beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja
di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
PENGAJARAN
v
Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
- Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup.
Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar
bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk
menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang
jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.
v
Kita hendaklah menghormati hak orang lain
- Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu
dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula,
tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat
kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali
pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
v
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap
perkara yang dilakukan
- Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia
seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang
diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas
kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku
dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
v
Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
- Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan
terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan
perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah
lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong
Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya
demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
v
Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin
masa depan yang lebih cerah.
- Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada
masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai
pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha
mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya
sebagai pakar bedah tercapai juga.
v
Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran
hidup.
- Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar
bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan
Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu
menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan melampias
kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu
memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi
semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya
Doktor Sadiz.